Assalamualaikum dan selamat pagi semua, semoga anda sihat walafiat hendaknya..
Hari ni kita nak berbicara pasal pindah rumah. Yes... 1st bila kita nak pindah ni.. lori paling penting..
tapi.. selalu kita call lori, kita set time dgn lori, lokasi, harga dan lain-lain, kita tak sedar yang info kita bagi kurang tepat, terutama dari segi time, jenis barang, manpower dan lain2.. contohnya.. deal dgn tokey lori pukul 4pm. lori pun sampai... tup2.. barang apa pun x siap lg.. rupanya tuan rumah tunggu lori sampai baru nak kemas barang... ish.. ish.. issh... tak ke membair masa namanya tu..
so, apa kita tengok sikit cara pindah rumah yg elok agar tuan rumah dengan tuan lori tak masam muka..
1. Barang siap 'pack'
Pastikan barang yg nak dipindahkan tu dah siap pack dan ready nak naik lori, baru panggil lori masuk, Time deal tu, buat anggaran siap-siap pukul berapa nak siap packing & lori boleh start loading barang.
2. Manpower
Pastikan betul berapa orang yang diperlukan untuk angkat barang... kadang-kadang ada cerita kata nak seorang saja.. sekali lori pi bawak sorang.. nahaiii... dengan pilot sekali kena angkat barang.. ni tak betol dah ni.. pilot bawak lori dengan jaga atas lori ja, kalau dia jugak nak angkat barang, bawak lori, 'masak' la dia. so, make sure betoi2.. (speaking london utagha la pulak) berapa manpower diperlukan, kalau ada jiran tetangga yg boleh tolong, adik beradik, kawan2 ka.. lagi bagus & lagi jimat.
3. Fizikal lokasi
Fizikal lokasi? macam mana tu? ha.. fizikal lokasi ni maksudnya macam mana keadaan rumah yang nk pindah tu, rumah flat ke, rumah teres ke, kondo ke, banglo ke, ada lif tak, jalan boleh masuk ke atau lain-lain. Perkara ni kena bagitau tuan lori supaya tuan lori boleh plan dia punya kerja.
4. Barang yg perlu
Pastikan barang yang perlu bawak saja letak atas lori, kebanyakan orang pindah ni.. semua barang nak bawak pi tempat baru.. last2, barang tu tak dibuka & simpan dalam kotak berkurun lama. tak ke membair tempat dan tenaga macam tu, so, list down apa yang betul2 perlu bawak ke rumah baru dan apa yang perlu bawak ke tempat sampah.
5. Barang berharga/mudah pecah/mudah rosak.
Elakkan barang berharga, mudah pecah atau yang sensitif letak atas lori. Barang2 mcm ni sebaiknya bawak dengan kenderaan sendiri atau pack seelok-eloknya. Perkara ni untuk mengelakkan dari berlaku perkara yang tak di ingini.
So, kami dah bagi lima tips untuk pindah rumah menggunakan lori... semoga anda mendapat manfaat daripada tips yang diberikan.
Sekiranya anda perlukan pengangkutan dari Penang ke seluruh Semenanjung, sila layari www.shredza-transport.com untuk pertanyaan dan tempahan atau hubungi terus kami di 013-7478862. Kami sedia membantu anda.
Who am I? orang biasa-biasa yang duk perhati apa nak jadi (ka apa dah jadi...?) kihkihkih.. macam-macam... apa pun jom ja follow tok.. kihkihkih
Halaman
Mengenai Saya
- Tok Jali
- Bayan Baru, Penang, Malaysia
- Tok orang Malaysia mai dari utagha, saja duk tengok apa jadi kat dunia ni.. kadang-kadang menyampah pun ada dengan "peel" orang tapi tu yang jadi pedoman tu.. sama-sama kita tengok amik iktibar.. sapa nk komen, dipersilakan, nak share? share ja
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan