Halaman

Mengenai Saya

Bayan Baru, Penang, Malaysia
Tok orang Malaysia mai dari utagha, saja duk tengok apa jadi kat dunia ni.. kadang-kadang menyampah pun ada dengan "peel" orang tapi tu yang jadi pedoman tu.. sama-sama kita tengok amik iktibar.. sapa nk komen, dipersilakan, nak share? share ja

Isnin, 9 November 2015

Betoi ka ni?

Salam semua..

hai.... hmmmmm... tok pelik la.. taktau tok yang rasa sorang atau yang lain-lain pun rasa jugak..

tok rasa semakin hari semakin susah nak hidup alam tanah tumpah darahku Malaysia ni... Harga barang makin mahal.. segalanya mahal.. dah la mahal, GST lagi.. GST bbukan kena sehari sekali,, tapi setiap transsaction yang dibuat...

Tok dah rasa merempat di bumi sendiri ni.. hai... sat laggi cakap lebih-lebih ke dalam pulak... apa la nasi.. apa komen korang...?

2 Hari di Hospital

Assalamualaikum

pa habaq kawan2 semua?

aih... sejak khamis tok tak update kat sini... Sebenarnya, tok tak update sebab anak tok kena tahan dekat wad hari Khamis tu....

Al kisahnya tok bawak anak tok pi check-up kat Hospital Seberang Jaya.. check-up rutin ja.. depa cucuk anak tok nak amek darah.. lepas 2 jam baru siap..

Lepas 2 Jam.... tok pun amek result darah dan bagi dekat kaunter KP3.. (anak tok kena jumpa doktor kat situ... sampai turn tok, tok pun masuk bilik doktor... doktor tengok result darah terus kena tahan wad.. Duktor kata kuantiti darah kurang separuh dari sepatutnya... tersentap jugak jiwa tok time tu ..

Takpalah, nak buat macam mana, tahan tetap kena tahan... tok pun pi la uruskan urusan 'check in' anak pakcik... hai.. dalam hati tuhan ja la yg tau.. Lepas check in, dapat katil no 10.. Isteri tok temankan anak tok..

Petang tu, duktor kata kena masuk 2 tube darah.. time nak cucuk jarum pa lagi, meraung la anak tok.. adoila.. tok bukannya boleh dengar anak tok nangis sakit... rasa macam nak pi pukul ka duktor tu.. (nasib baik boleh ikir waras lagi)..

Lepas dah siap masuk darah, baju untuk anak & isteri tok pun dah siap.. tok pun balik.. malam tu tak lena tok tidoq..

Esok depa amek darah anak tok nak tengok ok ke x.. lepas dapat keputusan, dukacita (skema pulak perkataanya) anak tok kena tahan 1 hari lagi... hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm... tarik nafas panjang je la tok..

Hari ke-2.. hari sabtu.. tok pi mm biasa, harap-harap dapat discharge.. tok pi tolong isteri tok mandikan anak tok... tok pun tunggu dduktor.. dan akhirnya... duktor membenarkan anak tok discharge... Alhamdulillah... rasa lega tu tuhan ja la yang tau.. walaupun kena follow up setiap minggu..

Tok cuma hairan la, pasaipa doktor cucuk cari nak amek darah, susah betoi nak jumpa sampai naik lebam tanggan kaki anak tok, sakit toksah cerita la.. comfirm punya.. tok tengok dekat 7A (tempat ambil darah sebenar, anak tok amek darah dekat wad) mudah ja cucuk amek darah.. yang duktor kat wad ni berejam tak jugak dapat darah... ada pulak tu dah amek, lepas 10 minit datang balik nak amek lagi kata tak cukup pulak,.. macam mana buat kerja ni,, rasa nak amek pisau pi cucuk2 pulak bagi rasa macam mana bayi rasa bila kena cucuk2..

Ada sapa2 boleh eplainn kat tok tak tentang bendda ni.....????????????  

Rabu, 4 November 2015

Pasaipa Top-up kena GST lagi


Assalamualaikum...

Ni tok pening campur konfius sikit ni... Hari tu bukan ka kata GST untuk top-up nak masuk 1/11/2015...?

Tapi....

Semalam 3/11/2015 tok pi beli top-up Celcom, aik.. ada GST lagi... kot tok silap kot.. hari ni tok pi beli top-up maxis pulak, tok beli kat maxis centre.. punn kena GST.. aih.. ni macam mana ni.. kata tak kena GST dah.. tok tanya salesgirl tu.. katanya dalam sistem ada lagi GST..

Ha... sudah.. kata tak kena tapi duk kena serupa tu jugak.. mana pi orang yang cakap tak kena tu.. selamba ja ni syarikat TelCo duk caj GST.. takkan gebang kuat kot.. duk nampak kena auta lagi la rakyat Malaysia...

Hat yang duk atas tu duk ingat kita cap duit atas daun pa.. bikin panas ja ni.. mana penguatkuasaan dari pihak berkuasa.. ni dah hari ke berapa bulan November.. mengarut betul.. tiap-tiap hai kena kelentong... hai... dunia2.. ada tak sapa2 boleh explain sikit hal ni.

Penat tok ni tapi lagi penat tok tengok rakyat duk kena auta.. gebang kuat.. cakap lebat.. puih la..

NI tok copy rujukan kata nak mansuh GST top-up:

abatan Kastam Diraja Malaysia telah mengumumkan bahawa cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi kad tambah nilai prabayar akan dimansuhkan mulai 1 November ini.
Perkara ini telah diumumkan oleh Datuk Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Kewangan dan beliau mengesahkan JKDM telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan pengguna tidak mengenakan sebarang cukai GST.
Selain itu, kerajaan juga dengan tegas telah mengingatkan kepada syarikat telekomunikasi supaya patuh kepada arahan ini dan jika tidak, syarikat ini akan berdepan tindakan selanjutnya.
“Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting rakyat beli RM10 dapat nilai RM10. Kita mahu JKDM buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman pada 1 November ini,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pengguna 2015 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Dewan Razakian, Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) semalam
Datuk Johari juga berkata, kerajaan tidak boleh menerima alasan daripada syarikat telekomunikasi yang mengatakan sistem komputer mereka belum bersedia kerana tempoh yang diberikan kepada syarikat ini adalah terlalu lama.
“Jika pihak telco masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu juga patuh pada arahan ini iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal. Sebab, secara logiknya kalau pihak telco tidak bersedia, kenapa pengguna pula yang kena tanggung kos tambahan,” katanya.
Berita ini pasti disambut baik oleh pengguna kerana dengan keadaan ekonomi dan kesusutan ringgit yang teruk.
sumber : UTUSAN Malaysia

Seri la pulak

alahai....

seri la pulak antara Pahang & Penang.. takpa lah, bukan rezeki kali ni, tahun depan cuba lagi.. apa-apa pun HARIA PENANG HARIA!!!!

Tok ucap tahniah kat pasukan Tok Gajah (seangkatan dengan tok jugak kot.. sama2 tok) dan PKNS sebab layak ke quarter final..

Pahangg vs Penang

Assalamualaikum......

Game malam ni Pahang VS Penang duk main lagi ni,,, hai... berdebar jiwa tok aih.. sapa nak menang malam ni.. harap2 Penang la menang.

HARIA PENANG HARIA!!!!!

Selasa, 3 November 2015

Hutang ooo hutang

Assalamulaikum ya sahabat semua....

hmmmm... hari ni tok agak blur sikit, dari pagi sampai ke malam duk memikir apa nak dibuat... rasa macam tak berapa larat.. 

Dalam duk memikir tu, tok pun pi la start enjin kereta tok, tok rasa macam nak pi jalan merayau la sat, duk rumah pun tengok dinding, bumbung ja.. rasa macam dalam jail la pulok.. uih. mintak simpang,, kihkihkih

Tok pun merayau sampai ke Seberang Jaya, singgah sat kat are kwsp pekena kopi, sambil tu macam biasa tengok kelaku manusia... 

Duk sedap punya tengok, nampak la staf-staf duk keluar masuk.. ketika tu juga tok tertarik tengok anak muda.. (anak muda ke awal dewasa) yang baru bekerja lepas tamat pengajian... 

Tok tengok ramai yang pakai kereta err... nak kata ada-ada tak juga tapi baru-baru.. tok bukan persoal tentang masalah beli kereta baru tu, cuma tok terkenangkan beban hutang yang ditanggung tu..

Betoi... tok tengok nak muda sekarang ghairah membuat hutang, keluar universiti ke kolej ke apa ke, bila kerja ja dan pintu berhutang terbuka... perggh.... berduyun-duyun nak membuat hutang..

Mula-mula beli kereta, bayar kereta RM600 ke RM1,000 sebulan bahkan ada yang cecah RM1000 lebih sebulan, hutang pulak buat sampai 9 Tahun, gaji baru RM,1,800 sebulan.. adoi... tak cukup dengan hutang kereta, tambah pulak kad kredit, lepas tu personal loan pulak... 

Time baru berhutang memang seronok.. lepas beberapa ketika, gaji mula tak cukup... ha... time ni baru nak tengok muka yang dulu mengalahkan James bond dah jadi macam jebon... hutang dah bertimbun.. gaji dah terlebih (tak) cukup.. bank duk hambat.., kalau berniaga/kerja sampingan takpa la lagi, masalahnya bila dah taktau puna nak dapat uang...

Mai la pulak rasa nak meminjam lagi, kat bank dah blacklist... nak gadai pun dah habis.. tinggal body ja.. takkan nak gadai body pulak walaupun memang adda sampai ke tahap tu.. nak pinjam ah long???? uh.. berani tu... tak kena takpa, terkena tak bayaq, lagi masak tu.. yang mana tak berapa kuat imannya.. mula nak cari jambatan ke, bangunan bertingkat-tingkat.. lepas tu jadi la Superman.. lepas setengah jam, polis mai kutip cebisan mayat.. semua gara-gara hutang....

Tok punya pendapat la.. apa salahnya daripada buat hutang tak berfaedah tu.. (untuk kita takde faedah, untuk bank banyyak faedahnya). ada baiknya berhutang untuk beli rumah... sebab rumah semakin hari harga makin melambung... macam kereta harga makin jatuh, lebih baik simpan uang dan beli cash... kereta lama takpa yang penting boleh sampai ke destinasi dengan selamat... Jangan kata kereta lama mudah rosak... tok ada pengalaman beli kereta baru pakai setahun dan rosak... sudahnya tersadai.. nak repair? tinggi kosnya.. geram rasa nak bakaq pun ada.. Beli lelong pun ok.. nanti tok ajar cara beli kereta lelong.. 

Kad kredit? punca nak masuk ke kancah bangkrap ni.. tak payah nak bermegah dan bermewah beli barang pakai kad kredit... beli ja cash ikut yang mampu... jangan amal biar papa asal bergaya.. tersilap gaya boleh jadi gila...kihkihkih

ok lah.. tok pun nak buat kerroje sikit.. apa pun keputusan hampa yang buat.. tok dah pesan lepas tok dah rasa... kihkkihkih.. tepuk dada tanyalah selera nak makan apa, chicken chop ka nasi goreng ka.. kihkihkih.. ok lah.. adioss amigos asparagus.

Wassalam

Isnin, 2 November 2015

Pudu vs TBS

Assalamualaikum kawan2 tok..

ha.. tok terlupa semalam pudu dah pindah pi TBS-BTS..? macam mana agaknya ye...? boleh ke tampung bas-bas dan penumpang yg ramai tu..? 

Tok minggu lepas pi TBS, saja tinjau2.. tok memey (bukan memey suhaiza na..) suko p jalan-jalan kat teminal bas ni.. rasa seronok lagu mana tah.. kihkihkih.. ish.. melalut pulak.. 

tok naik Transnasional pukul 11.30pm dari butterworth 26/10/15.. bas pun jalan tok pun lena.. sedaq2 sampai TBS dah.. tgk jam baru pukul 4.30am... hai.. awal la lg.. merayau la dulu dlm terminal yg di manage oleh TMAS ni..

Tok p naik tingkat 4.. adoi.. mata duk mamai la pulak.. takpalah, tok p minum sat kat tingkat 4 kedai mamak yang satu-satunya bukak.. boleh tahan la jugak harganya... hati tok kata "pudu lebih sesuai dengan poket orang naik bas"

Minum dah minum, p la lelap mata sat kat motel dalam TBS ni dengan bayaran RM15/sejam.. hai maklum la nak jumpa orang pukul 10 pagi.. lambat lagi tu..

tiktoktiktok... masa nak jumpa orang yang tok nak jumpa pun sampai.. tok pi ke pejabat pengurusan, sembang-sembang sampai pukul 1.30pm.. tenyata apa yang tok nampak dan depa nampak ada perbedaan.. hmmmmm... 

1/11/15... Pudu pun dah pindah pi TBS, tok risau jugak... tok tak risau pasal boleh terminal boleh tampung crowd (cakap omputih la pulak) tapi boleh ka management team tampung crowd tu dan membuatkan berjalan lancar.. 

Dalam management sorang ja yang ada lulusan dalam bidang transport, yang lain semua bidang lain, dan kebanyakan fresh graduate.. mereka ini yang nak memantau one of the most busiest terminal in Malaysia... OMG.. bukan tok pandang rendah, tapi tok tengok pengalaman dan ilmu tak cukup... tok tak kata tok pandai cuma ni apa yang tok rasa...

hari ni tok bukak mukabuku tengok komen2.. nampak agak cacarmarba... tapi takpa, bagi masa kat mereka.. 

pendapat tok, bila dah gabung utara, timur & selatan bawah 1 bumbung ni bagus utk orang yang transit macam tok ni... tapi team managementt kena ready, kalau tak, TBS boleh jadi lagi teruk dari PUDU...



Wassalam   
 

No-vhem-ber

Hai...... pejam ccelik pejam celik pejam... celik... dah masuk bulan november.. bukan lama mana dah nak hanis.. ehh silap.. habiss 2015.. lepas tu masuk dah 2016... hai la.... hai...

agak-agak segala yg kita duk berazam tu dah capai ka belom????????? tok tahun 2015 ada happy ada sedih... mana tak, happy dapat ahli baru tapi sedih bisnnes merrrruuuuuuuddduuuummmmm terok tahun ni.. hai...

Mana yg kat luaq sana nu dah capai ke azamnya,,,??? kalau dah alhamdulillah.. kalau belom, takpa.. plan untuk tahun depan.. tapi kalau yang dah berpuluh tahun dari dahi licin sampai ke berkerut seribu duk sama ja azam dia x capai-capai jugak... ha.. hat ni problem.. kihkihkih

apa-apa pun, tok pesan pikiaq dulu azam tu rasional utk capai ka x... jgn duk ulang benda sama sampai muntah hijau kawan2 dengaq..

wassalam