Assalamulaikum ya sahabat semua....
hmmmm... hari ni tok agak blur sikit, dari pagi sampai ke malam duk memikir apa nak dibuat... rasa macam tak berapa larat..
Dalam duk memikir tu, tok pun pi la start enjin kereta tok, tok rasa macam nak pi jalan merayau la sat, duk rumah pun tengok dinding, bumbung ja.. rasa macam dalam jail la pulok.. uih. mintak simpang,, kihkihkih
Tok pun merayau sampai ke Seberang Jaya, singgah sat kat are kwsp pekena kopi, sambil tu macam biasa tengok kelaku manusia...
Duk sedap punya tengok, nampak la staf-staf duk keluar masuk.. ketika tu juga tok tertarik tengok anak muda.. (anak muda ke awal dewasa) yang baru bekerja lepas tamat pengajian...
Tok tengok ramai yang pakai kereta err... nak kata ada-ada tak juga tapi baru-baru.. tok bukan persoal tentang masalah beli kereta baru tu, cuma tok terkenangkan beban hutang yang ditanggung tu..
Betoi... tok tengok nak muda sekarang ghairah membuat hutang, keluar universiti ke kolej ke apa ke, bila kerja ja dan pintu berhutang terbuka... perggh.... berduyun-duyun nak membuat hutang..
Mula-mula beli kereta, bayar kereta RM600 ke RM1,000 sebulan bahkan ada yang cecah RM1000 lebih sebulan, hutang pulak buat sampai 9 Tahun, gaji baru RM,1,800 sebulan.. adoi... tak cukup dengan hutang kereta, tambah pulak kad kredit, lepas tu personal loan pulak...
Time baru berhutang memang seronok.. lepas beberapa ketika, gaji mula tak cukup... ha... time ni baru nak tengok muka yang dulu mengalahkan James bond dah jadi macam jebon... hutang dah bertimbun.. gaji dah terlebih (tak) cukup.. bank duk hambat.., kalau berniaga/kerja sampingan takpa la lagi, masalahnya bila dah taktau puna nak dapat uang...
Mai la pulak rasa nak meminjam lagi, kat bank dah blacklist... nak gadai pun dah habis.. tinggal body ja.. takkan nak gadai body pulak walaupun memang adda sampai ke tahap tu.. nak pinjam ah long???? uh.. berani tu... tak kena takpa, terkena tak bayaq, lagi masak tu.. yang mana tak berapa kuat imannya.. mula nak cari jambatan ke, bangunan bertingkat-tingkat.. lepas tu jadi la Superman.. lepas setengah jam, polis mai kutip cebisan mayat.. semua gara-gara hutang....
Tok punya pendapat la.. apa salahnya daripada buat hutang tak berfaedah tu.. (untuk kita takde faedah, untuk bank banyyak faedahnya). ada baiknya berhutang untuk beli rumah... sebab rumah semakin hari harga makin melambung... macam kereta harga makin jatuh, lebih baik simpan uang dan beli cash... kereta lama takpa yang penting boleh sampai ke destinasi dengan selamat... Jangan kata kereta lama mudah rosak... tok ada pengalaman beli kereta baru pakai setahun dan rosak... sudahnya tersadai.. nak repair? tinggi kosnya.. geram rasa nak bakaq pun ada.. Beli lelong pun ok.. nanti tok ajar cara beli kereta lelong..
Kad kredit? punca nak masuk ke kancah bangkrap ni.. tak payah nak bermegah dan bermewah beli barang pakai kad kredit... beli ja cash ikut yang mampu... jangan amal biar papa asal bergaya.. tersilap gaya boleh jadi gila...kihkihkih
ok lah.. tok pun nak buat kerroje sikit.. apa pun keputusan hampa yang buat.. tok dah pesan lepas tok dah rasa... kihkkihkih.. tepuk dada tanyalah selera nak makan apa, chicken chop ka nasi goreng ka.. kihkihkih.. ok lah.. adioss amigos asparagus.
Wassalam
Who am I? orang biasa-biasa yang duk perhati apa nak jadi (ka apa dah jadi...?) kihkihkih.. macam-macam... apa pun jom ja follow tok.. kihkihkih
Halaman
Mengenai Saya
- Tok Jali
- Bayan Baru, Penang, Malaysia
- Tok orang Malaysia mai dari utagha, saja duk tengok apa jadi kat dunia ni.. kadang-kadang menyampah pun ada dengan "peel" orang tapi tu yang jadi pedoman tu.. sama-sama kita tengok amik iktibar.. sapa nk komen, dipersilakan, nak share? share ja
Selasa, 3 November 2015
Hutang ooo hutang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan