Halaman

Mengenai Saya

Bayan Baru, Penang, Malaysia
Tok orang Malaysia mai dari utagha, saja duk tengok apa jadi kat dunia ni.. kadang-kadang menyampah pun ada dengan "peel" orang tapi tu yang jadi pedoman tu.. sama-sama kita tengok amik iktibar.. sapa nk komen, dipersilakan, nak share? share ja

Rabu, 4 November 2015

Pasaipa Top-up kena GST lagi


Assalamualaikum...

Ni tok pening campur konfius sikit ni... Hari tu bukan ka kata GST untuk top-up nak masuk 1/11/2015...?

Tapi....

Semalam 3/11/2015 tok pi beli top-up Celcom, aik.. ada GST lagi... kot tok silap kot.. hari ni tok pi beli top-up maxis pulak, tok beli kat maxis centre.. punn kena GST.. aih.. ni macam mana ni.. kata tak kena GST dah.. tok tanya salesgirl tu.. katanya dalam sistem ada lagi GST..

Ha... sudah.. kata tak kena tapi duk kena serupa tu jugak.. mana pi orang yang cakap tak kena tu.. selamba ja ni syarikat TelCo duk caj GST.. takkan gebang kuat kot.. duk nampak kena auta lagi la rakyat Malaysia...

Hat yang duk atas tu duk ingat kita cap duit atas daun pa.. bikin panas ja ni.. mana penguatkuasaan dari pihak berkuasa.. ni dah hari ke berapa bulan November.. mengarut betul.. tiap-tiap hai kena kelentong... hai... dunia2.. ada tak sapa2 boleh explain sikit hal ni.

Penat tok ni tapi lagi penat tok tengok rakyat duk kena auta.. gebang kuat.. cakap lebat.. puih la..

NI tok copy rujukan kata nak mansuh GST top-up:

abatan Kastam Diraja Malaysia telah mengumumkan bahawa cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi kad tambah nilai prabayar akan dimansuhkan mulai 1 November ini.
Perkara ini telah diumumkan oleh Datuk Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Kewangan dan beliau mengesahkan JKDM telah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan pengguna tidak mengenakan sebarang cukai GST.
Selain itu, kerajaan juga dengan tegas telah mengingatkan kepada syarikat telekomunikasi supaya patuh kepada arahan ini dan jika tidak, syarikat ini akan berdepan tindakan selanjutnya.
“Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting rakyat beli RM10 dapat nilai RM10. Kita mahu JKDM buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman pada 1 November ini,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pengguna 2015 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Dewan Razakian, Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) semalam
Datuk Johari juga berkata, kerajaan tidak boleh menerima alasan daripada syarikat telekomunikasi yang mengatakan sistem komputer mereka belum bersedia kerana tempoh yang diberikan kepada syarikat ini adalah terlalu lama.
“Jika pihak telco masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu juga patuh pada arahan ini iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal. Sebab, secara logiknya kalau pihak telco tidak bersedia, kenapa pengguna pula yang kena tanggung kos tambahan,” katanya.
Berita ini pasti disambut baik oleh pengguna kerana dengan keadaan ekonomi dan kesusutan ringgit yang teruk.
sumber : UTUSAN Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan